20090921

Raya Yang Bermaksud

Hari Raya Aidilfitri di sambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia setahun sekali.Ada yang gembira ada yang berduka.Ada yang dapat baju baru ada yang tidak berbaju langsung.Bersalam-salaman di pagi raya memohon maaf seperti satu kemestian pada hari ini.Tapi mengapa cuma pada hari ini kita memohon maaf?Mungkin kita cuma mengikut tradisi yang takkan hilang.Berkunjung ke rumah saudara mara,sahabat handai untuk menghabiskan rendang "TOK" bersama lemang membuatkan hari raya itu begitu bermakna sekali.Bagi kanak-kanak inilah masa mereka mengumpul duit raya.Ada yang berjalan kaki,ada yang menunggang basikal sambil membuat wheelly.Budak-budak sekarang memang kreatif.Bila jatuh,duit raya itu boleh digunakan untuk membaiki basikal.

Sama ada gembira atau berduka.Raya tetap disambut dengan pelbagai cara.Ada yang menyambut malam raya di club-club terkemuka,menyambut dengan aksi-aksi kreatif di jalanraya,menyambut dengan dentuman kuat meriam buatan sendiri,menyambut dengan aktiviti mengemas rumah setahun sekali,menyambut dengan berpacaran di taman-taman bunga ataupun menyambut dengan bersembahyang jemaah di masjid-masjid.Mereka semua cuma mahukan kegembiraan menyambut perayaan mengikut cara mereka.Setahun sekali katakan.Kadang-kadang kita lupa raya ini sebenarnya untuk apa.

Bagi aku cukuplah raya tahun ini aku sambut bersama anak-anak yatim.Anda bagaimana?
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

20090903

Aku Bukan Tuhan

Harini aku lihat satu kemalangan secara langsung(perlu ke guna ayat ini).Nasib baik tiada sebarangan kematian yang berlaku.Wanita itu cuma luka kecil di tangan serta kaki.Bagi lelaki yang melangggar wanita tersebut.Terima kasih atas panduan berhemah anda.

Bila aku fikir,banyak kemalangan yang aku lihat depan mata aku.Kadang-kadang aku mahu ada kuasa memutar balik waktu.Mungkin kejadian seperti ini boleh di elakkan.Tapi bila aku lihat short film ini,aku fikir siapa kita nak melawan takdir tuhan?Jika kita menolong orang itu mungkin orang lain pulak yang akan di timpa masalah.

Mungkin pendapat aku salah sebab aku bukan tuhan.Just enjoy this short film from Jamin Winans.

20090902

Pemburu Zombie

Tatkala orang ramai berpusu-pusu ke masjid.Kami sibuk memburu para zombie yang berlegar-legar.Terima kasih kepada Imax kerna sudi membiayai keperluan kami(Left 4 Dead).
Para pemburu:
  • Bill,anggota Green Beret dan bekas askar di Vietnam.
  • Zoey,pelajar kolej dan peminat cerita seram.
  • Louis,juruanalisis sistem di jabatan IT.
  • Francis,penunggang motorsikal bertatu.
Piccyfix.com

from left Bill,Zoey,Louis,Francis



20090901

Memperkenalkan Permain-Permain Istana



Tulisan bold adalah nama album

No More Stories Are Told Today I'm Sorry They Washed Away No More Stories The World Is Grey I'm Tired Let's Wash Away by Mew

Masih boleh ingat?Cuba ini

When The Pawn Hits The Conflicts He Thinks Like A King What He Knows Throws The Blows When He Goes To The Fight And He'll Win The Whole Thing Fore He Enters The Ring There's No Baby To Batter When Your Mind is Your Might So When You Go Solo. You Hold Your Own Hand And Remember That Depth Is The Greatest Of Heights And If You Know Where You Stand. Then You'll Know Where To Land And If You Fall It Won't Matter, Cuz You Know That You're Right by Fiona Apple

Masih boleh ingat?Anda sangat hebat!