20090831

Nine-Nine-Nine

(display picture only)

(display picture only)


Sebenarnya aku cuma mahu menceriakan wajah blog ini.Cuma hitam/putih.Siapa yang mati?Jadi aku cuba meletak sesuatu yang mengujakan.Aku rasa warna merah bersama Ducati 999 ini cukup mengujakan.Walaupun muka tidak tampan tapi bila membawa Ducati 999 ini ke Bazar anda pasti kelihatan kacak.100km/h dalam 3 saat.Halaju maksimum sehingga 270km/h.Sangat laju tapi jika cuma mahu ke Bazar aku lebih rela menaiki motor C70 aku.

Pierre Terblanche memang terbaik!Boleh ubah motor C70 aku menjadi Sport Bike tak?Nanti aku belanja kamu Murtabak Pak Din.

Hero Itu Bijak?

Seperti Ultraman di Jepun.Hercules bagi rakyat Greece.Hang Tuah adalah hero bagi orang Melayu.Mereka kuat,handal bertempur dan di minati ramai gadis tempatan tapi jika mereka menduduki ujian SPM.Adakah kekuatan dan kehandalan mereka dapat di guna pakai?Mata pena lebih tajam dari pedang.Click sini

Satu Malaysia Satu Bendera

Menyambut merdeka di maple sungguh bermakna.Tidak perlu bersesak-sesak.Cuma teguk air dan lihat percikan bunga api.Indah dan aku masih boleh menonton perlawanan Aston Villa dan Fulham secara langsung.2-0 Berita gembira untuk peminat Singa(The Lions)

Sambil meneguk air aku memerhati kenderaan yang lalu lalang.Dari motor Ex5 Samad hingga ke Mercedes CLS bapak Samad.Aku pelik.Bukan kerna cara Samad menunggang Ex5 tapi aku pelik kerna merdeka tahun ini tidak banyak orang yang patriotik.Tidak banyak bendera mewarnai kereta dan juga motor.Apa dah jadi?

Aku tanya kan soalan ini kepada mamak.Jawapan yang di beri sungguh mengejutkan.

Mereka mahu berjimat la cha.Raya sudah mau dekat.Saya pun tada taruk itu bendera juga.Mau save duit balik India sana.

What in The Nine Hells?!

Satu Malaysia Satu Bendera.Bulan Puasa memang menjimatkan.Nasib baik aku tak membuka kedai menjual bendera.

20090830

Rangkaian Persahabatan

Puasa dan tempat bertemu sahabat lama.Kita sibuk bekerja,belajar sampai tiada masa berjumpa rakan-rakan lama.Menetap di tempat lain juga satu faktor lain.Hari ini aku pulang ke kampung halaman.Untuk menyambut merdeka kononnya.Banyak sudah perubahan yang berlaku di sini.Jika 2 minggu lepas tiada bazar,minggu ni sudah terdapat 2 tapak bazar di sini.Tambah berseri dengan bendera Malaysia di sepanjang jalan.Nasib baik tiada poster sepertimana hari membuang undi.Jika tidak hendak berjalan pun pasti akan terbelit muka.

Sebelum pulang ke rumah ibuku,aku sempat singgah di Bazar membeli apa-apa yang patut.Segan la jika pulang tanpa ada buah tangan.Nanti tangan yang akan singgah di muka ku.Imagine~Takkan ibuku begitu kejam.Tapi tujuan utama aku ke sana adalah untuk mencari rakan-rakan lama aku.Fiq,Syan,Hido,Mime,Jabe,Dell,(bkn nma sbnr).Mereka kerap bersama aku di kampung.

Aku hampa.Mereka tiada di sana.Tapi aku masih berjumpa rakan-rakan lama yang lain.Walaupun tidak rapat tapi agaknya hampir 15 orang aku tegur di sana.Ada yang menjual kuih.Aku dapat la kuih free.Ada yang menjual air.Aku beli satu dapat 3.Kadang-kadang kita tidak sedar Bazar bukan sekadar tempat mencari makanan.

Aku kenyang makan free


1957


1957 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Selasa.Tapi bagi rakyat Malaysia khususnya tahun ini merupakan tahun kemenangan,pembebasan dan kehidupan baru bagi mereka.Bermula dengan penjajahan dari koloni Portugis,Belanda,Britian serta Jepun kini rakyat Malaysia bebas bergerak sendiri.Mereka bebas berfikir,membuat kerja,membuat dodol,membuat ketupat pelbagai bentuk,lemang bakar dan lemang kukus.Fokus dah lari!

Jadi apakah sekarang kita masih bebas?Sudut pemikiran kita berkata YA.Anak-anak muda sekarang menjadi terlampau bebas.Aku rasa sudah banyak makalah menceritakan perkara ini.Bebas tapi pemikiran masih di jajah.Jika sekarang kita masih gembira melihat warna biru,merah,kuning dan putih.Adakah kita mahu bersedih apabila warna Malaysia sudah menjadi hitam/putih suatu hari nanti?

Selamat Hari Kebangsaan Ke-52


Sahabat Sang Malam

Aku bukan Lycanthopes yang menunggu saat bulan purnama untuk berubah.Hilang identiti dan akal fikiran.Aku masih waras.Aku juga bukan Vampire yang takutkan matahari.Aku masih perlukan matahari untuk melakukan proses fotosintesis.Aku bukan masyarakat yang menghuni kawasan berhampiran plat tektonik.Mereka tidak perlukan matahari untuk hidup.Mungkin mereka berasal dari Marikh.Unidentifield Object

Aku cuma bersahabat dengan malam.Kamu bagaimana?